Tuesday, December 8, 2009

Tiada Jihad Tanpa Pengorbanan

Sesungguhnya kejayaan dakwah hanya akan dapat direalisasikan menerusi usaha dan pengorbanan yang berterusan oleh para pendokong dakwah. Dituntut agar kita sentiasa mengutamakan kepentingan dakwah melebihi kepentingan-kepentingan lain.Memetik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar, Habil dan Qabil yang dinukilkan di dalam al-Quran sebagai contoh, supaya menghayati erti pengorbanan yang sebenar iaitu untuk bertaqarrub kepada Allah S.W.T. Oleh yang demikian, setiap pengorbanan perlu disertai keikhlasan hati semata-mata untuk mencapai keredhaanNya. Perkara ini perlu diambil serius oleh semua aktivis dakwah demi memelihara kesucian dan kejayaan dakwah.